Wednesday, October 27, 2010

Jurnal Refleksi: Minggu 13

Salam 1 Malaysia..

Bertemu kembali untuk kali terakhirnya. Minggu ini merupakan kuliah yang terakhir bagi kursus smp2252. Sedih rasanya kerana sudah tamat pengajian untuk subjek ini. Pelbagai suka dan duka di tempuhi sepanjang pembelajaran ini berlangsung. Terima kepada en. Amran selaku pensyarah saya kerana banyak memberikan saya tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yang sangat berguna sepanjang proses pembelajaran.

Sepanjang kuliah kursus ini,saya amat berpuas hati dan menyukai cara pembelajaran en. amran ini. walaupun,pada mulanya saya amat tidak suka kerana perlu membuat blog. ini kerana saya tidak tahu dan tidak pandai untuk membuat blog. terfikir saya kenapa harus ada blog untk subjek ini sedangkan ini bkn subjek multimedia. pelbagai masalh timbul semasa proses utk membuat blog ini. tp,saya akhirnya berjaya membuat blog saya ini dengan hasil tunjuk ajar en.amran. bagi saya ini adalah satu kelainan yang telah en,amran buat untuk pengajarannya.

Kandungan kursus yang disajikan juga amat baik dan bagus. Byk benda baru yang en.amran ketengahkan. kadang2 en amran suka membuat saya berfikir dan meninglkan tanda tanya kepada saya kenapa ini berlaku dan bagaimana ia berlaku. secara automatiknya, saya akan cuba mengkaji dan mencari jwpan kepada persoalan tadi.

En amran juga suka menyoal pelajar-pelajarnya. Bagus tindakan en.amran ini. Ini kerana en.Amran dapat tahu adakah pelajar2 nya menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pembelajaran berlangsung atau sebaliknya. En Amran juga mengunakan pendekatan berbincang dgn pelajar2nya.

Sepanjang proses pembentangan, kesemua pembentang membentangkan hasil kerja yang baik dan sesuai untuk pengetahuan saya dan rakan2. tajuk pembentangan juga amat baik dan menarik. Boleh dikatakan semua tajuk yg saya tidak tahu, di bentangkan seperti manohara, nobat dan lain2. Dan ketika sesi pembentangan ini lah kami berbalas dan bersoal jawab. Jika saya tidak berpuas hati dan inginkn penjelasan yang lebih lanjut, saya boleh melayari blog para pembentangan ini. Banyak info yang dimuatkan dalam blog kumpulan para pembentang.

Kesimpulannya,saya amat berpuas hati dengan cara pengajaran en.amran ini. Kalu boleh, diteruskan cara ini lagi utk kursus smp2252. ini kerana ini adalah satu2 nya proses pembelajaran yg lain dari yang lain. Berbanyak2 terima kasih untuk en.amran dan halalkan segala ilmu yg diajar dan minta maaf jika ada terkasar bahasa dan gurauan yg melampau.

Sekian,Terima Kasih.

8 comments:

~.:s.h.u.e:.~ on October 30, 2010 at 7:48 AM said...

semoga ilmu yang kita peroleh daripada en.amran dapat dimanfaatkan di masa hadapan...=)

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 8:03 AM said...

insya allah.. Sama-sama lah kita.. Good luck 4 final exam

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 8:56 AM said...

Satu kursus yang terbaik.. tak gitu ling? (^_^)v

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 9:20 AM said...

btol 2 ashari udoh.. hahahaha

SMP2252 ASHARI on October 30, 2010 at 9:23 AM said...

yer citt...

SMP2252 SALWA on October 30, 2010 at 5:39 PM said...

Saya sokong kenyataan Farah di atas tetapi perlukan sedikit pengubahsuaian...nampak kelainan cara pengajaran En Amran antara 2 kelas A dan B dimana perbezaan mood dan pendedahan yang disampaikan...semoga perbezaan ini tidak ketara pada masa akan datang agar tiada insan yang terasa...

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:13 AM said...

saya harap cara ini dapat digunakan untuk kursus yang lain juga kerana ia amat berguna..

SMP2252 TARMIZI on October 31, 2010 at 9:14 AM said...

ulasan yang padat dan menarik!!GUD JOBS FARAH

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 FARAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template