Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.
Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong. Gong Sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, gambang serta kenong.
Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau jawa barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.
Seterusnya, gamelan jawa. Berasal dari jawa tengah dan dibawa oleh orang2 jawa ketika penjajahan orang-orang eropah. Kesenian seperti tarian,wayang kulit purwa, dan kuda kepang. Mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Juga dimainkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.
Gamelan Jawa terdiri atas instrumen berikut
§ Kendang
§ Bonang
§ Demung
§ Saron
§ Slenthem
§ Gender
§ Gong
§ Gambang
§ Rebab
§ Siter
§ Suling
Seterusnya,notasi gamelan. Gamelan tiada notasi. Notasi tidak penting. Muzik dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran yg mudah dan kompleks. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang.
Teksurnya polifoni ( gubahan yg ada byk lapisan suara). Bentuk yg berulang-ulang. Frasa yang berulang.
Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.
Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini,caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.
Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.
Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.
Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.
Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.
Selesai kuliah,kami di bawa ke bilik gamelan untuk merasa sendiri bermain alat ini. Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempelajari subjek gamelan semasa semester 2. Serba sedikit tentang gamelan dan caklempong sudah saya pelajari. Untuk pengetahuan semua, bermain caklempong lebih susah daripada bermain gamelan.
Sekian,terima kasih
0 comments:
Post a Comment