Wednesday, August 25, 2010

Minggu 7 : jurnal refleksi

salam dan ucapan selamat kepada semua pelajar2 smp2252..

Bertemu kembali kita dalam jurnal refleksi. Pada kuliah minggu ini, telah diadakan sesi perbentangan oleh 2 group iaitu keroncong dan kuda kepang. Syabas diucapkan kepada semua kumpulan kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik sekali. Walaupun semua nampak berdebar-debar,tapi semuanya berjalan dengan lancar. Saya seronok dan tertarik dengan tajuk pembentangan pada hari ini.

Kumpulan pertama ialah kumpulan keroncong. Begitu banyak info-info dan ilmu yang disampaikan. Dari sejarah keroncong hingga lah cara bermain keroncong. Video2 yang dipertontonkan begitu jelas dan mudah difahami. Dengan ini,saya dapat membezakan cara bermain cak,cuk,celo,double bass dll. Saya juga tahu, perbezaan alat muzik cak,cuk,kecapi, ukelele.

Seterusnya, kumpulan kuda kepang. Sebelum ini,pada kuliah ke2,en.amran sudah pun menerangkan tentang kuda kepang ini. Jadi,saya tidak mempunyai masalah untuk memahaminya. Perkara yang menarik perhatian saya ialah semasa video cik madi menunjukkan topeng yg dipakai semasa bermain kuda kepang yg berumur dlm 100 tahun lebih. Walaupun,nampak menakutkan,tapi dapat juga saya tengok bagaimana rupa topeng yang berumur 100 tahun ini.

Kesimpulannya, perbentangan pada hari amat menarik sekali. Tahniah kerana kamu semua kerana sangup bersusah payah membuat kerja lapangan dan menghabiskan masa cuti dengan menumpukan pada tugasan ini agar kuliah pada hari ini berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi.

2 comments:

SMP2252 SALWA on August 29, 2010 at 9:48 PM said...

ulasan yang baik...teuskan usaha anda

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:30 AM said...

kupasan yang cukup menarik.teruskan!!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 FARAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template