Pejam celik, pejam celik, sudah sampai ke akhir kuliah bagi kursus smp2252 ini. Rasa yer seperti sekejap sahaja masa berlalu. Minggu ini adlah minggu yang paling penat bagi saya. Walaubagaimana pun, saya tetap setia dengan jurnal setiap minggu bagi kursus ini.
Pada minggu ini kuliah diteruskan dengan tajuk baru iaitu gendang 24 musim. Tahukah anda apa itu gendang 24 musim? Mesti ramai yabg tertanya2. Sama seperti saya, langsung tidak tahu akan kewujudan gendang 24 musim ini. Setelah dibincangkan dalam kelas dan diberi penerangan, barulah saya faham apa itu gendang 24 musim ini.
Gendang 24 musim ini adalah berasakan musim pertanian di China. Tetapi, yang menariknya, gendang 24 musim ini adalh berasal dari negeri johor. Hebat kan. pengasas gendang 24 musim ini ialah En Chen Wei Chong.
Gendang ini dimaikan dengan penuh bergaya sesuai dengan aktiviti pertanian. Sungguh menarik dan hebat cara mereka bermain. Pelbagai aksi dan gaya di persembahkan sehingga saya khusuk menontonnya.
Terima kasih En Amran kerana banyak input baru yang diberikan. Saya tertarik dengan tajuk pada hari ini..
