Wednesday, August 18, 2010

Minggu 6 : jurnal refleksi

Salam kepada semua pelajar dan En. Amran. Pada kuliah minggu ke-6 ini, saya diajar dengan lebih lanjut mengenai mek mulung dan kompang. Objektif pada minggu ini ialah bagi mek mulung ialah sejarah, persembahan dan alat muzik, dan muzik mak yung. Bagi objektif kompang pula ialah sejarah, alat muzik dan muzik kompang. Di sini saya ada sedikit sebanyak maklumat tambahan mengenai mak yung dan kompang.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.


MAK YUNG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

SEJARAH MAK YUNG

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke 20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh budaya barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.


Jenis-jenis makyong

§ Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.

§ Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.

§ Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.

§ Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).

§ Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.


Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut :

1. Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
2. Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
3. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
4. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

Biasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Sepasang gong ibu dan anak
- Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.

Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.



Kesimpulan,saya banyak belajar perkara baru sepanjang kuliah ini berjalan. harap dengan maklumat tambahan ini, dapat menambah lagi pengetahuan saya dan para pembaca.
Teruskan Membaca...

Thursday, August 12, 2010

Minggu 5 jurnal refleksi


salam semua..

Pejam celik,pejam celik sudah minggu ke5 kita dalam subjek ini. Tajuk pada minggu ini ialah gamelan dan caklempong.. Objektifnya adalah sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur.

Kita mulakan dengan tajuk gamelan. Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau jawa, madura, bali, dan lombok di indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.


Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.


Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".


Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.


Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong. Gong Sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, gambang serta kenong.


Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau jawa barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Seterusnya, gamelan jawa. Berasal dari jawa tengah dan dibawa oleh orang2 jawa ketika penjajahan orang-orang eropah. Kesenian seperti tarian,wayang kulit purwa, dan kuda kepang. Mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Juga dimainkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.

Gamelan Jawa terdiri atas instrumen berikut

§ Kendang

§ Bonang

§ Bonang Penerus

§ Demung

§ Saron

§ Peking (Gamelan)

§ Kenong & Kethuk

§ Slenthem

§ Gender

§ Gong

§ Gambang

§ Rebab

§ Siter

§ Suling

Seterusnya,notasi gamelan. Gamelan tiada notasi. Notasi tidak penting. Muzik dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran yg mudah dan kompleks. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang.

Teksurnya polifoni ( gubahan yg ada byk lapisan suara). Bentuk yg berulang-ulang. Frasa yang berulang.

Kemudian,saya akan menceritakan tentang caklempong. Daripada rujukan internet dan buku, banyak perkara baru yang saya dapat kongsikan. Di sini,saya ulas serba sedikit tentang caklempong. Sejarah awal nya bermula muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.


Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini,caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.


Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.


Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.


Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.

Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.



Selesai kuliah,kami di bawa ke bilik gamelan untuk merasa sendiri bermain alat ini. Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempelajari subjek gamelan semasa semester 2. Serba sedikit tentang gamelan dan caklempong sudah saya pelajari. Untuk pengetahuan semua, bermain caklempong lebih susah daripada bermain gamelan.

Sekian,terima kasih


Teruskan Membaca...

Friday, August 6, 2010

Minggu 4 jurnal refleksi

salam 1 malaysia.

Bertemu kembali dalam jurnal refleksi. pejam celik, pejam celik sudah minggu ke4 jurnal refleksi kita. walaupun, pada minggu ini saya tidak dapat menghadiri kuliah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, tp saya tidak telepas peluang untuk mempelajari kuliah pada minggu ini iaitu wayang kulit. dengan bimbingan kawan-kawan, melayari internet saya dapat memahami sedikit sebanyak mengenai wayang kulit.

Seperti biasa,objektif pada minggu ini ialah jenis wayang kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit. sebagaimana yang diketahui, wayang kulit terdiri daripada 4 jenis iaitu wayang kulit jawa, wayang gedek, wayang kulit melayu dan yang paling popular, wayang kulit kelantan. Untuk lebih memahami, saya akan mengulas sedikit sebanyak tentang wayang kulit atau kawan-kawan boleh la melayari web tentang wayang kulit.


wayang kulit merupakan permainan tradisi mengunakan patung-patung wayang dengan irama alat muzik tradisional. patunng2 ini dibentuk, ditatah dan diukir mengikut kehendak watak2 dalam cerita yang dilakonkan.


1. wayang kulit jawa





wayang ini dimainkan oleh orang2 yang berketurunan jawa di johor dan selangor. cerita nya dari epik mahabrata dan ramayana.

Mahabrata ditulis oleh Mahapandita Vyasa dari India. Buku ini terdiri dari 18 kitab maka, dinamakan Astadasaparwa. Secara ringkas, Mahabrata menceritakan tentang konflik para Pandawa lima dgn saudara sepupu mereka. sang seratus Kauraya. Konflik ini mengenai sengketa hak pemerintahan tanah negara Astina. Puncak konflik adalah perang Bharatayuddha di medan Kurushetra dan pertempuran selama 18 hari.

Ramayana pula dari bahasa sanskrit Rāmāyaṇa yg berasal dari kata Rāma dan Ayaṇa yg bermaksud ' Perjalanan Rama'. ini merupakan cerita epik dari india. ceritanya seperti berikut :

Ada seorang pangeran bernama RAMA yg merupakan KELAHIRAN SEMULA DEWA WISNU di dunia. dia berhak menjadi raja di AYODYAPURA mengganti ayahnya prabu DASARATA tp, ayahnya telah menjanjikan kerajaan kepada anak isteri lain nya iaitu BARATA. Lalu, Sri Rama yg berkahwin dgn Sita mengembara bersama adiknya LAKSAMANA.

Sita diculik oleh RAWANA/RAHWANA dari ALENGKAPURA dan ingin menikahinya. Sita menolk dan dengan bantuan LAKSAMANA HANUMAN, WIBISANA (adik Rahwana) menyerang Alengkapura untuk mengambil kembali Sita. Sekembalinya, kesucian Sita diuji dgn dibakar,ternyata tidak apa-apa.

Seterusya, alat muzik yg mengiringi wayang ini ialah gamelan dan nada slendro.
Alat gamelan terdiri dapipada:
1. gong agong sebuah
2. gong suwukan sebuah
3. kempul 5 biji
4. kenong 5 biji
5. gender 1/2 set
6. slentem 1 set
7. sarong demund 1 set
8. sarong baron 1 set
9. saron penerus 1 set
10. gambang 1 set
11. bonang 2 set
12. rebab 1 batang
13. gendang 3 biji (gede, wayangan, ketipung)





2. wayang gedek



Dimainkan oleh org2 siam. Di negeri kedah, wayang ini dimainkan oleh org melayu dgn lograt utara. cerita2 nya seperti cerita yg bercampur dri hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Zaman dulu ada juga dimainkan cerita hikayar Ramayana sprti Phra lak. patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakkannya ada pandangan muka posisi depan.

Alat2 muziknya seperti :

1. serunai 1 batang (di kedah guna jenis serunai tempatan)
2. geduk 1 buah (Klong that)
3. gedonbak 2 buah (Thon)
4. canang 2 biji
5. kesi kecil 1 pasang (cing)





wayang kulit gedek - kisah awang kudis gatai



3. wayang melayu





Dimainkan oleh orang kite di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Patani. cerita dari epik Mahabrata (Pawana Lima) dan Ramayana yg terbnyak sekali dlm hikayat Panji. Patung wayang ini lebih mirip kpd patung wayang jawa,tp ada pengubahsuaian menjadi hampir kpd patung wayang gedog.

Alat muzik terdiri :

1. gong 2 buah
2. canang 6 biji
3. mong 1 biji
4. kesi 3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah)
5. gendang 2 biji (ibu dan anak)
6. rebab 1 batang ( bertali 2 )



4. wayang kulit kelantan



wayang kulit ini dikenali wayang siam kerana negeri kelantan pada masa dulu dalam naungan patani dan menjd pusat kesenian seperti makyung, menora dan wayang kulit. ceritanya adalah kebanyakkan dlm saduran dari epik ramayana versi thai.
Seorang dalang perempuan berbangsa thai bernama MAK EGNAK adalah dianggap org pertama mendalang dlm wayang jenis ini di kelantan. patung2 wayangnya juga terutama Sri Rama dan LAksamana adalah mirip kearah pakaian tradisional org selatan thai.


Alat muzik yg digunakan ialah :

1. tetawak(gong) 2 biji (ibu dan anak)
2. canang 1 pasang (ibu dan anak)
3. kesi 2 pasang (penahan dan pengicah)
4. gedang 2 biji (ibu dan anak)
5. geduk 2 biji (ibu dan anak)
6. gedombak (peningkah dan pembawa)
7. mong 1 biji
8. serunai 2 batang (serunai besar dan serunai nyanyi)
9. pemetek 1 buah (di guna sebagai ganti suara perintah dalang dan sebagai alat bantu kesan bunyi)





wayang kulit kelantan- eteng nak jual tanah




TOK DALANG

Sebagai tambahan, saya ingin berkongsi cerita tentang tok dalang. tok dalang ialah org yg memainkan pelbagai peranan seperti penulis cerita, pengarah lakonan, pengatur pentas, penyusun iringan, pengisah, pemain watak dan penyanyi. Kesimpulannya, dalang ialah seorg yg ada kemahiran berbilang disiplin serta pemimpin dlm pertunjukkan dan kumpulannya. Untk peranan ini, tok dalang mestilah seorg yg berilmu pengetahuan yg sgt luas.










Alhamdulilah, selesai akhirnya jurnal refleksi wayang kulit ini. banyak perkara baru yg saya belajar. sebelum ini, saya hanya tahu 1 shja tentang wayang kulit iaitu wayang kulit kelantan. maklumlah,wayang kulit ini amat popular. Insya - allah, dengan topik minggu ini, dapat saya belajar dan faham dgn baik.
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 FARAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template