Salam 1 malaysia kepada semua,
Bertemu kembali dalam jurnal refleksi. Pada kuliah minggu ke3 kali ini, ada sedikit kelainannya kerana pada minggu ini, adanya objektif dan sasaran dalam kuliah pada minggu ini. Ojektif dan sasaran yang dimaksudkan ialah kaedah klafikasi muzik tradisional, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik Tradisional Malaysia.
Permulaan kuliah, saya didedahkan dengan perkataan-perkataan yang jarang didengar iaitu perspektif adaptasi dan idiosinkretik. Dirumuskan idiosinkretik ialah gaya / cara tersendiri sebagai contoh sifat semulajadi dan kemampuan fisiologi seperti, gambus berasal dari timur tengah dan menular ke dunia melayu. Adaptasional bermaksud penyesuaian. sebagai contoh di Malaysia popular dengan ghazal pathi, ghazal johor manakala di Arab seperti baladi dance, ya zuhur. Menariknya, baladi dance ini ialah lenggok tarian yang dipersembahkan. Begitu lembut dan lenggoknya yang begitu menarik sekali. Paling menarik,tarian ini ialah menari mengikut ryhtm. Terfikir juga saya,dapatkah saya menari seperti penari tersebut. di sini saya sertakan video baladi dance.
Seterusnya, klasifikasi alat muzik. Sebagaimana yang diketahui, setiap bangsa dan budaya mempunyai perayaan, kepercayaan, dan termasuk juga alat muzik yang tersendiri. Juga diterangkan apa alat dalam kategori perkusi / percussion, kategori alat bertali dan tiupan. Biasanya kategori ini dikategorikan dalam ensemble seperti wind orkestra, simfoni, brassband dan sama waktu dengannya.
Seterusnya, ciri-ciri utama dalam muzik tradisional Malaysia. Dibahadikan kepada 2 iaitu tradisi besar (budaya/klasik lama) dan tradisi kecil (budaya rakyat). walaubagaimana pun, ianya berkaitan antara 1 sama ln. Pendek kata, ianya telah bercampur. Perbezaan antara muzik ini ialah, muzik rakyat untuk rakyat dan muzik klasik untuk istana.
Seterusnya, ciri-ciri Muzik Tradisional Malaysia. Sebagaimana diketahui, terdapat 6 ciri iaitu
bentuk seni lakun utama, bentuk tarian utama, ensemble genderang, vocal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain. Paling menarik ialah pada ciri muzik ensemble genderang. Banyak info baru yang saya dapat seperti kertuk. Sebelum ini, saya tidak penah tahu apa itu kertuk. selepas disajikan video,baru lah saya tau. jika diperhatikan ryhtm yang dimainkan, terdapat kelainannya dari bermain kompang. Disini saya sertakan gambar kertuk.
Dalam ciri muzik vokal dan instrumental banyak perkara baru saya tahu. seperti instrument keluri, sompoton, krem,satong, kecapi dan banyak lagi. untuk keterangan lanjut dan ingin tengok gambar boleh search image kat google,taip instrument yang ingin tahu. disini saya tunjukkan apa itu keluri,
Alhamdulilah, kuliah pada hari ini berjalan seperti biasa walaupun terdapat kecacatan sedikit apabila line internet tidk dapat disambungkan. Tp,penerangan yang diberikan oleh en.Amran,sedikit sebanyak membantu saya memahaminya. Untuk lebih faham,saya akan search youtube untuk melihat dan menyaksikan sendiri video-video yang berkaitan.
sekian...wassalam..
BUSANA DAN PROPS
13 years ago
4 comments:
en~~ walaupun Jurnal refleksi saya belum buat....tapi dalam Blog FArah ni dah belajar banyak knowledge dah n now i know what is Kertuk, sebab sebelum tu x pernah lihat ~~
10 s Farah
most welcome ho
Refleksi yang lengkap Farah! refleksi anda mudah untuk difahami oleh pembaca. Tahniah.
veri big tq to marlin.. =)
Post a Comment