Friday, July 23, 2010

minggu ke2 jurnal rrefleksi

Pada kuliah yang kedua Malaysia Tradisional Music, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sounscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional, kategori alat muzik dan struktur. Walaupun, suasana pembelajaran agak tidak selesa, tapi saya puas kerana dapat memahami pembelajaran pada hari tersebut.

Banyak ilmu-ilmu baru yang dapat saya perolehi pada pembelajaran hari ini. Contoh nya, saya tidak tahu langsung pasal sounscape. Tapi selepas dipelajari,barulah saya tahu apa sebenarnya itu scounscape iaitu sound bererti suara/ bunyi dan scape bererti pemandangan.Rumusannya,Pemandangan bunyi, merujuk kepada bagaimana karektor bunyi mengambil tempat dalam konteks lingkungan suara. Seterusnya, saya diuji dengan ujian pandengaran. Saya diajar untuk focus dan peka terhadap bunyi. Jika selama ini,saya hanya mendengar bunyi yang kuat dan jelas,pada kuliah ini saya diajar fokuskan pendengaran.

Seterusnya, budaya muzik. Tajuk ini saya dapat memahami dengan baik kerana sebelum ini,saya sudah tahu serba sedikit tentang muzik. Dapat dirumuskan, setiap muzik yang dicipta untuk sesuatu budaya mempunyai nilai estitikanya yang tersendiri serta menjadi signifikan kepada budaya tersebut.

Seterusnya sejarah muzik tradisional. Banyak ilmu baru yang saya perolehi tentang sejarah muzik ini. Tidak sangka muzik ini berasal dari pengaruh-pengaruh luar seperti Indonesia,Thailand dan sebagainya. Dalam tajuk kategori alat muzik, saya tidak mempunyai sebarang masalah kerana telah mempelajarinya dari semester 1 lagi. Kategori alat muzik ini terbahagi kepada 4 iaitu, kordofon, membranafon,aerofon dan idiofon.

Akhir sekali, struktur / konsep muzik. Terdapat 6 struktur iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Dapat dirumuskan, melodi ialah irama sesuatu lagu, ritma ialah rentak atau rhythm, harmoni ialah bunyi yang dihasilkan melalui gabungan ton / pic muzik, bentuk ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik, notasi ialah symbol bertulis mewakili pic, jangka masa, susunan berirama ton muzik, dan ekpresi ialah mood dan perasaan sesuatu lagu.

Akhir sekali, diharap dengan ilmu-ilmu ini,dapat saya pelajari dan amalkan setiap masa. Insya-allah.
Sekian, terima kasih.

2 comments:

Marlin on July 28, 2010 at 11:14 AM said...

Saya sangat setuju dengan ulasan Farah. Banyak pengetahuan yang kita dapat dalam subjek ini. Saya rasa pengetahuan tentang struktur atau konsep yang terdapat dalam muzik sangat penting untuk membolehkan kita menghargai muzik-muzik tradisional yang terdapat dalam negara kita mahupun luar negara. Tanpa pengetahuan ini, adalah mustahil bagi kita untuk menjadikan muzik itu sebagai sesuatu yang universal.

SMP2252 FARAH on July 29, 2010 at 6:12 AM said...

tq marlin

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 FARAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template