Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.
Sebelum terlupa, tarian yang diajar sebentar tadi ialah tarian mengadap rebab. 1 jam sebelum pembentangan,saya disajikan dengan persembahan muzik tradisional dari ahli muzik fakulti muzik dengan dekan fakulti muzik. tahniah kepada dekan kerana turun padang untuk membuat demo. sebanyak 4 lagu dipersembahkan. saya berbangga kerana mempunyai ahli muzik yang berbakat dan sudi sama2 menjayakan persembahan tadi.
Syabas kepada kump pembentangan pada hari ini. Ilmu yang ingin dikongsikan banyak dan padat.
sekian.
1 comments:
Saya bersetuju dengan anda. Sebagai pelajar muzik, saya sangat bangga kerana dapat melihat sendiri persembahan muzik yang mengiringi Wayang Kulit dan Makyong.
Post a Comment