Wednesday, October 27, 2010

Jurnal Refleksi: Minggu 13

Salam 1 Malaysia..

Bertemu kembali untuk kali terakhirnya. Minggu ini merupakan kuliah yang terakhir bagi kursus smp2252. Sedih rasanya kerana sudah tamat pengajian untuk subjek ini. Pelbagai suka dan duka di tempuhi sepanjang pembelajaran ini berlangsung. Terima kepada en. Amran selaku pensyarah saya kerana banyak memberikan saya tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yang sangat berguna sepanjang proses pembelajaran.

Sepanjang kuliah kursus ini,saya amat berpuas hati dan menyukai cara pembelajaran en. amran ini. walaupun,pada mulanya saya amat tidak suka kerana perlu membuat blog. ini kerana saya tidak tahu dan tidak pandai untuk membuat blog. terfikir saya kenapa harus ada blog untk subjek ini sedangkan ini bkn subjek multimedia. pelbagai masalh timbul semasa proses utk membuat blog ini. tp,saya akhirnya berjaya membuat blog saya ini dengan hasil tunjuk ajar en.amran. bagi saya ini adalah satu kelainan yang telah en,amran buat untuk pengajarannya.

Kandungan kursus yang disajikan juga amat baik dan bagus. Byk benda baru yang en.amran ketengahkan. kadang2 en amran suka membuat saya berfikir dan meninglkan tanda tanya kepada saya kenapa ini berlaku dan bagaimana ia berlaku. secara automatiknya, saya akan cuba mengkaji dan mencari jwpan kepada persoalan tadi.

En amran juga suka menyoal pelajar-pelajarnya. Bagus tindakan en.amran ini. Ini kerana en.Amran dapat tahu adakah pelajar2 nya menumpukan sepenuh perhatian semasa proses pembelajaran berlangsung atau sebaliknya. En Amran juga mengunakan pendekatan berbincang dgn pelajar2nya.

Sepanjang proses pembentangan, kesemua pembentang membentangkan hasil kerja yang baik dan sesuai untuk pengetahuan saya dan rakan2. tajuk pembentangan juga amat baik dan menarik. Boleh dikatakan semua tajuk yg saya tidak tahu, di bentangkan seperti manohara, nobat dan lain2. Dan ketika sesi pembentangan ini lah kami berbalas dan bersoal jawab. Jika saya tidak berpuas hati dan inginkn penjelasan yang lebih lanjut, saya boleh melayari blog para pembentangan ini. Banyak info yang dimuatkan dalam blog kumpulan para pembentang.

Kesimpulannya,saya amat berpuas hati dengan cara pengajaran en.amran ini. Kalu boleh, diteruskan cara ini lagi utk kursus smp2252. ini kerana ini adalah satu2 nya proses pembelajaran yg lain dari yang lain. Berbanyak2 terima kasih untuk en.amran dan halalkan segala ilmu yg diajar dan minta maaf jika ada terkasar bahasa dan gurauan yg melampau.

Sekian,Terima Kasih.
Teruskan Membaca...

Thursday, October 21, 2010

Minggu ke 12 : Jurnal Refleksi



salam kepada semua...

Pejam celik, pejam celik, sudah sampai ke akhir kuliah bagi kursus smp2252 ini. Rasa yer seperti sekejap sahaja masa berlalu. Minggu ini adlah minggu yang paling penat bagi saya. Walaubagaimana pun, saya tetap setia dengan jurnal setiap minggu bagi kursus ini.

Pada minggu ini kuliah diteruskan dengan tajuk baru iaitu gendang 24 musim. Tahukah anda apa itu gendang 24 musim? Mesti ramai yabg tertanya2. Sama seperti saya, langsung tidak tahu akan kewujudan gendang 24 musim ini. Setelah dibincangkan dalam kelas dan diberi penerangan, barulah saya faham apa itu gendang 24 musim ini.

Gendang 24 musim ini adalah berasakan musim pertanian di China. Tetapi, yang menariknya, gendang 24 musim ini adalh berasal dari negeri johor. Hebat kan. pengasas gendang 24 musim ini ialah En Chen Wei Chong.

Gendang ini dimaikan dengan penuh bergaya sesuai dengan aktiviti pertanian. Sungguh menarik dan hebat cara mereka bermain. Pelbagai aksi dan gaya di persembahkan sehingga saya khusuk menontonnya.

Terima kasih En Amran kerana banyak input baru yang diberikan. Saya tertarik dengan tajuk pada hari ini..



Teruskan Membaca...

Thursday, October 7, 2010

Minggu 11 : Jurnal refleksi

salam kepada semua..

sekarang sudah masuk ke minggu 11 kuliah kita. cepat betul masa berlalu. pada kuliah pada minggu ini, diteruskan dengan perbentangan wayang kulit. sebelum perbentangan dimulakan, kami dipersembahkan dengan persembahan wayang kulit. untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertama kali saya melihat wayang kulit secara live. walaupun,saya tinggal di kelantan, tp sya tidak pernah lihat atau menonton persembahan wayang kulit ini. ini lah keistimewaan kursus smp2252. jika sebelum ini saya telah didedahkan dengan pelajaran ini, tp pada minggu ini lain sedikit kerana ada persembahan live..

sepanjang kuliah tentang wayang kulit ini, saya amat terhibur dan menarik sekali. saya telah menumpukan sepenuh perhatian untuk perbentangan pada hari ini. tahniaah kepada kumpulan perbentangan. usaha anda amat berbaloi.
Teruskan Membaca...

Thursday, September 30, 2010

Minggu 10 : Jurnal refleksi

salam kepada semua dan selamat sejahtera.

Kuliah pada hari ini ialah pembentangan tajuk nobat dan okestra muzik cina. pada minggu ini kump saya membentangkan tentang nobat. alhamdulilah,selesai sudah tugasan yg diberikan. pembentangan pada hari ini amat menarik kerana kump bancha membentangkan tentang muzik okestra cina. banyak video yg dipertontonkan dan video ini adalah video bermain alat muzik cina. walaubagaimana pun,masa mencemburui kami,jadi, untk maklmt lanjt, saya melayari blog mereka. banyak alat muzik cina yg saya tidak tahu dan jarang melihatnya,tp kump bancha berjaya menambat hati kami dengan memperkenalkan alat-alat muzik ini dengan baik dan metontonkan video yg bagus.

Banyak input baru yg saya dapat sepanjang perbentangan muzik okestra cina ini,contohnya alat2 muzik yg didgunakan. perbentangan pada hari ini berjalan lancar dan baik dari segi penyampaian maklumat. syabas kepada kump permbentangan kerana berjaya menyelesaikan tugas yg diberikan dengan baik sekali.

Teruskan Membaca...

Wednesday, September 22, 2010

Minggu 9 : Jurnal refleksi

salam kepada semua pelajar smp2252

Kuliah hari ini diteruskan dengan pembentangan Mak Yung. Sebelum ini, cik amran telah menerangan serba sedikit tentang mak yung dan pada hari ini adalah penambahan atau sambungan serba sedikit tentang mak yung. Perkara baru yang ditonjolkan oleh kumpulan ini ialah, saya diajar menari tarian ini. Bukan senang untuk belajar tarian ini kerana kita perlu lembutkan badan dan lenggok2. Dari video yang ditunjukkan, saya lihat penari2 begitu lembut dan lendik ketika menari.

Di sini serba sedikit dapat saya kongsikan tentang mak yung. Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.


Sebelum terlupa, tarian yang diajar sebentar tadi ialah tarian mengadap rebab. 1 jam sebelum pembentangan,saya disajikan dengan persembahan muzik tradisional dari ahli muzik fakulti muzik dengan dekan fakulti muzik. tahniah kepada dekan kerana turun padang untuk membuat demo. sebanyak 4 lagu dipersembahkan. saya berbangga kerana mempunyai ahli muzik yang berbakat dan sudi sama2 menjayakan persembahan tadi.


Syabas kepada kump pembentangan pada hari ini. Ilmu yang ingin dikongsikan banyak dan padat.


sekian.


Teruskan Membaca...

Saturday, September 4, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Salam satu Malaysia..

Pada minggu ini, kuliah diteruskan lagi dengan perbentangan kumpulan. Tajuk pada minggu ini ialah manohara. Sebelum ini saya tiak pernah tahu tentang apa itu manohara. Tidak sangka manohara ini asalnya dari kelantan. Saya sebagai rakyat Kelantan sama sekali tidak tahu apa itu manohara.

Sepanjang proses perbentangan, tidak ada sebarang masalah yang timbul. Semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Syabas kepada kumpulan perbentangan pada minggu ini kerana telah selesai menyiapkan tugasan yang diberi.

Satu sahaja komen daripada saya,jka boleh,jika sesi soal jawab harap para pembentang sabar menjawab soalan yang dikemukakan. jangan rasa tetekan dengan soalan yang dikemukakan. Dan tidak perlu marah ketika menjawab soalan petanyaan. Meninggikan suara pun dianggap kurang sopan. Harap sifat ini dapat dielakkan. Bukan niat untuk memperli atau mengena tetapi untuk kepastian kerana ini adalah tajuk yang tidak pernah didengar.

Sebagai tambahan untuk saya dan kawan2 yang lain, harap bersedia dari segi emosi,fizikal dan mental agar kita tenang semasa perbentangan. apa2 pun,syabas kepada para pembentang kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini. Anda begitu kretif... Keep it up!!

Sekian, terima kasih
Teruskan Membaca...

Wednesday, August 25, 2010

Minggu 7 : jurnal refleksi

salam dan ucapan selamat kepada semua pelajar2 smp2252..

Bertemu kembali kita dalam jurnal refleksi. Pada kuliah minggu ini, telah diadakan sesi perbentangan oleh 2 group iaitu keroncong dan kuda kepang. Syabas diucapkan kepada semua kumpulan kerana berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik sekali. Walaupun semua nampak berdebar-debar,tapi semuanya berjalan dengan lancar. Saya seronok dan tertarik dengan tajuk pembentangan pada hari ini.

Kumpulan pertama ialah kumpulan keroncong. Begitu banyak info-info dan ilmu yang disampaikan. Dari sejarah keroncong hingga lah cara bermain keroncong. Video2 yang dipertontonkan begitu jelas dan mudah difahami. Dengan ini,saya dapat membezakan cara bermain cak,cuk,celo,double bass dll. Saya juga tahu, perbezaan alat muzik cak,cuk,kecapi, ukelele.

Seterusnya, kumpulan kuda kepang. Sebelum ini,pada kuliah ke2,en.amran sudah pun menerangkan tentang kuda kepang ini. Jadi,saya tidak mempunyai masalah untuk memahaminya. Perkara yang menarik perhatian saya ialah semasa video cik madi menunjukkan topeng yg dipakai semasa bermain kuda kepang yg berumur dlm 100 tahun lebih. Walaupun,nampak menakutkan,tapi dapat juga saya tengok bagaimana rupa topeng yang berumur 100 tahun ini.

Kesimpulannya, perbentangan pada hari amat menarik sekali. Tahniah kerana kamu semua kerana sangup bersusah payah membuat kerja lapangan dan menghabiskan masa cuti dengan menumpukan pada tugasan ini agar kuliah pada hari ini berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi.
Teruskan Membaca...

Wednesday, August 18, 2010

Minggu 6 : jurnal refleksi

Salam kepada semua pelajar dan En. Amran. Pada kuliah minggu ke-6 ini, saya diajar dengan lebih lanjut mengenai mek mulung dan kompang. Objektif pada minggu ini ialah bagi mek mulung ialah sejarah, persembahan dan alat muzik, dan muzik mak yung. Bagi objektif kompang pula ialah sejarah, alat muzik dan muzik kompang. Di sini saya ada sedikit sebanyak maklumat tambahan mengenai mak yung dan kompang.

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.


MAK YUNG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan]], Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.

SEJARAH MAK YUNG

Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau merawat penyakit.

Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa.

Pada awal abad ke 20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian, persembahan diberhentikan dan alat muzik biola dan akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh budaya barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.


Jenis-jenis makyong

§ Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.

§ Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu, Malaysia.

§ Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.

§ Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).

§ Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.


Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut :

1. Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton.
2. Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang.
3. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian.
4. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Geduk ibu dan anak
- Gong ibu dan anak
- Serunai
- Gedombak ibu dan anak
- Canang
- Kesi

Biasanya kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
- Rebab
- Gendang ibu dan anak
- Sepasang gong ibu dan anak
- Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.

Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi, gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.



Kesimpulan,saya banyak belajar perkara baru sepanjang kuliah ini berjalan. harap dengan maklumat tambahan ini, dapat menambah lagi pengetahuan saya dan para pembaca.
Teruskan Membaca...

Thursday, August 12, 2010

Minggu 5 jurnal refleksi


salam semua..

Pejam celik,pejam celik sudah minggu ke5 kita dalam subjek ini. Tajuk pada minggu ini ialah gamelan dan caklempong.. Objektifnya adalah sejarah dan jenis-jenis, alat muzik dan sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur.

Kita mulakan dengan tajuk gamelan. Gamelan adalah himpunan alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau jawa, madura, bali, dan lombok di indonesia dalam pelbagai jenis ukuran dan bentuk ensembel. Di Bali dan Lombok hari ini, dan di Jawa lewat abad ke-18, istilah gong lebih dianggap sinonim dengan gamelan.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.


Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.


Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".


Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.


Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah gong agong. Gong Sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, gambang serta kenong.


Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau jawa barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.

Seterusnya, gamelan jawa. Berasal dari jawa tengah dan dibawa oleh orang2 jawa ketika penjajahan orang-orang eropah. Kesenian seperti tarian,wayang kulit purwa, dan kuda kepang. Mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin, Kupu-kupu dan Cakil. Alat-alat gamelan didapati digunakan bagi mengiringi Riog, Barungan dan Kuda Kepang. Juga dimainkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan sebagainya.

Gamelan Jawa terdiri atas instrumen berikut

§ Kendang

§ Bonang

§ Bonang Penerus

§ Demung

§ Saron

§ Peking (Gamelan)

§ Kenong & Kethuk

§ Slenthem

§ Gender

§ Gong

§ Gambang

§ Rebab

§ Siter

§ Suling

Seterusnya,notasi gamelan. Gamelan tiada notasi. Notasi tidak penting. Muzik dipelajari secara tidak formal melalui pendengaran yg mudah dan kompleks. Pada abad ke-19, sistem menggunakan nombor diperkenalkan untuk memudahkan pemuzik memainkan ‘repetoire’/lagu yang telah banyak berkembang. Sistem menggunakan nombor ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan dan sistem ini kekal digunakan sekarang.

Teksurnya polifoni ( gubahan yg ada byk lapisan suara). Bentuk yg berulang-ulang. Frasa yang berulang.

Kemudian,saya akan menceritakan tentang caklempong. Daripada rujukan internet dan buku, banyak perkara baru yang saya dapat kongsikan. Di sini,saya ulas serba sedikit tentang caklempong. Sejarah awal nya bermula muzik tradisional caklempong dibawa ke Malaysia oleh orang-orang Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan seawal abad ke-14'. Semenjak dari itu, tradisi caklempong yang berkembang di Malaysia terus mendapat pengaruh daripada tradisi Minangkabau di Surnatera. Dahulunya, caklempong bukan sahaja dimainkan sebagai hiburan kepada masyarakat umum tetapi juga semasa istiadat penabalan sultan. Hari ini caklempong dimainkan untuk pelbagai upacara termasuklah upacara rasmi negeri dan perayaan kebudayaan seperti upacara perkahwinan.


Muzlk caklempong juga turut mengiringi pencak silat, tarian lilin, tarian piring dan tafian inai. Muzik ini juga terdapat dalarn drama tari randai. Dalarn sesebuah persembahan randai yang biasa dipersembahkan suatu masa rehat diberi kepada ahli kumpulan persembahan untuk mereka berehat. Pada kebiasaannya, jangka masa ini diisikan dengan lawak jenaka atau persembahan ensembel caklempong untuk mengekalkan perhatian para penonton.

Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. . Kini,caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita. Caklempong dimainkan melalui 3 jenis posisi iaitu, Cara Tegak - Bermain secara berdiri dimana bonang diletakkan di dalam tepak berkaki, Cara Duduk - Bermain sambil bersila tanpa tepak berkaki dan Pacik - Bermain sambil berjalan atau berarak seperti bermain kompang. Sebarang lagu kesukaan mana-mana daerah di Malaysia dan juga lagu masa kini boleh dimainkan mengikut rentak Caklempong.


Untuk majlis perasmian ,Caklempong selalunya digunakan sebagai muzik iringan di dalam sesuatu pertunjukkan silat atau tarian. Ianya digunakan juga di dalam majlis Diraja seperti istiadat pertabalan dan juga majlis keraian korporat. Di dalam majlis perkahwinan pula, Caklempong dipersembahkan untuk memeriahkan lagi upacara persandingan pengantin.


Di dalam tradisi dahulukala, muzik tradisional seperti Caklempong memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian mereka. Selain daripada sumber hiburan, muzik ini juga dapat menyatupadukan masyarakat dan penduduk setempat.


Ensembel caklempong terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga set gong berbusut kecil yang disusun dalam barisan mendatar dan setiap set gong diletakkan pada rak yang ditentukan. Dalarn bidang muzikologi alat tersebut biasanya dikenali sebagai gongchime. Gong-chime adalah satu set gong kecil yang disusun secara mendatar pada rak dan alat ini boleh didapati di seluruh rantau Asia Tenggara. Di Tanah Besar Asia Tenggara, gong-gong kecil dan berbusut diletakkan pada rak yang berbentuk separa bulat seperti kyi-waing di Myanmar dan khong wong di Thailand. Di kepulauan Asia Tenggara rak dibina berbaris-baris seperti bonang di Jawa, trompong di Bali, kulintang di Filipina, canang di Semenanjung Malaysia dan kulintangan serta engkerumong di Sabah dan Sarawak.

Menurut tradisi Minangkabau yang terdapat di Sumatera Barat dan Semenanjung Malaysia, gong-chime dikenali sebagai caklempong (dikenali juga sebagai taklempong, celempong atau telempong). Terdapat pelbagai gaya kedaerahan dalarn instrumentasi dan repertoir yang juga menggambarkan kepelbagaian nama yang diberikan kepada peralatan muzik tersebut. Pada umumnya, gong berbusut mempunyai garispusat lebih kurang 14 sentimeter di bahagian atas, busutnya pula berukuran lebih kurang 2.5 sentimeter dan tinggi gong lebih kurang 8- 10 sentimeter. Gong dipukul dengan pemukul yang berbalut.



Selesai kuliah,kami di bawa ke bilik gamelan untuk merasa sendiri bermain alat ini. Saya tidak mengalami sebarang masalah kerana sudah mempelajari subjek gamelan semasa semester 2. Serba sedikit tentang gamelan dan caklempong sudah saya pelajari. Untuk pengetahuan semua, bermain caklempong lebih susah daripada bermain gamelan.

Sekian,terima kasih


Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kump.A

Blog Pelajar Kump.B

Blog Pelajar Kump.C

SMP2252 FARAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template